Showing posts with label DUNIA ISLAM. Show all posts
Showing posts with label DUNIA ISLAM. Show all posts

Friday, 9 May 2014

PENGERTIAN, SYARAT DAN RUKUN PUASA

Apa itu Puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hukum Puasa
Hukum puasa terbahagi kepada tiga iaitu :
1.     Wajib – Puasa pada bulan Ramadhan.
2.     Sunat – Puasa pada hari-hari tertentu.
3.     Haram – Puasa pada hari-hari yang dilarang berpuasa.

Syarat Wajib Puasa
1.     Beragama Islam
2.     Baligh (telah mencapai umur dewasa)
3.     Berakal
4.     Berupaya untuk mengerjakannya.
5.     Sihat
6.     Tidak musafir

Rukun Puasa
1.     Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat). Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.
2.     Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Puasa
1.     Beragama Islam
2.     Berakal
3. Tidak dalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
4.     Hari yang sah berpuasa.

Sunat Berpuasa
1.     Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman
2.     Melambatkan bersahur
3.     Meninggalkan perkataan atau perbuatan keji
4.     Segera berbuka setelah masuknya waktu berbuka
5.     Mendahulukan berbuka daripada sembahyang Maghrib
6.     Berbuka dengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
7.     Membaca doa berbuka puasa

Perkara Makruh Ketika Berpuasa
1.     Selalu berkumur-kumur
2.     Merasa makanan dengan lidah
3.     Berbekam kecuali perlu
4.     Mengulum sesuatu

Hal yang membatalkan Puasa
1.     Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
2.     Muntah dengan sengaja
3.     Bersetubuh atau mengeluarkan mani dengan sengaja
4.     kedatangan haid atau nifas
5.     Melahirkan anak atau keguguran
6.     Gila walaupun sekejap
7.     Mabuk ataupun pengsan sepanjang hari
8.     Murtad atau keluar daripada agama Islam

Hari yang Disunatkan Berpuasa
1.     Hari Senin dan Kamis
2.     Hari putih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
3.     Hari Arafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
4.     Enam hari dalam bulan Syawal

Hari yang diharamkan Berpuasa
1.     Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
2.     Hari raya Idul Adha (10 Zulhijjah)
3.     Hari syak (29 Syaaban)
4.     Hari Tasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

sumber : http://risalahrasul.wordpress.com/

Sunday, 27 April 2014

TATA CARA SHALAT JENAZAH (DENGAN BACAAN BAHASA ARAB DAN LATIN)

1. Niat Shalat Jenazah

a. bila mayitnya laki-laki

اُصَلِّي علي هذا الَميّتِ لله تعالي

Ushalli ala hadzal mayyiti lillahi ta’ala
Atau
Ushalli ala hadzal mayyiti arba’a takbirootin fardhol kifayati lillahi ta’ala


b. bila mayitnya perempuan

اصلي علي هذه الميتة لله تعالي

Ushalli ala hadzihil mayyitati lillahi ta’ala
Atau
Ushalli ala hadzihil mayyitati arba’a takbirootin fardhol kifayati lillahi ta’ala



2. Takbir (pertama)

Takbiratul ihram tanpa membaca do’a iftitah, lalu mengucapkan ta’awudz dan basmalah  kemudian membaca Surat Al-Fatihah.



3.  Takbir (kedua)

Membaca shalawat seperti dibawah ini :

اَللَّهُمُّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلىَ آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلىَ إِبْرَاهِيْمَ وَعَلىَ آلِ إِبْرَاهِيْمَ   وَ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى آلِ إِبَرَاهِيْمَ فِى العَالَمِيْنَ انك حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

Allahumma shalli ‘alaa Muhammadin wa’alaa aali Muhammadin. Kamaa shallaita ‘alaa Ibrahim wa ‘allaa aali Ibrahim. Wa baarik ‘alaa Muhammadin wa ‘alaa aalii Muhammad. Kamaa baarakta ‘alaa Ibrahim wa ‘alaa aali Ibrahim fil-‘aalamiina innaka hamiidummajid.


4.  Takbir (Ketiga)
Pada takbir yang ketiga ini membaca do’a untuk jenazah,

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ


Alloohummaghfir lahu Warhamhu Wa ‘Aafihi Wa’fu ‘ahu, Wa Akrim Nuzulahu, Wa Wassi’ Madkholahu, Waghsilhu Bil Maa’i WatsTsalji Wal Barodi, Wa Naqqihi Minal Khothooyaa Kamaa Naqqaitats Tsaubal Abyadho Minad Danasi, Wa Abdilhu Daaron Khoiron Min Daarihi, Wa Ahlan Khoiron Min Ahlihi, Wa Zaujan Khoiron Min Zaijihi, Wa Adkhilhul Jannata, Wa A’idhu Min ‘Adzaabil Qabri



5. Takbir (Keempat)

اَللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْناَ أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَا بَعْدَهُ وَاغْفِرْ لَناَ وَلَهُ

Allahumma Laa Tahrimna Ajrahu wa laa taftinnaa ba’dahu waghfirlana wa lahu



6. Membaca Salam

أَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ الله

Assalamualaikum Warahmatullah

DOA QUNUT DAN TERJEMAHNYA

اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ 
وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ 
وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ 
وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ 
وَقِنِي بِرحْمَتِكَ شَرَّ مَا قَضَيْتَ 
فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلَا يُقْضَى عَلَيْكَ 
وَإِنَّهُ لَا يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ 
وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ 
تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ 
فَلَكَ الْحَمْدُ عَلَى مَا قَضَيت 
اَسْتَغْفِرُكَ وَ اَتُوبُ اِلَيكَ 
وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّد النَّبِيِّ اْلأُمِّيِّ 
وَ عَلَى آلِهِ وَ صَحْبِهِ وَسَلَّم

Bacaan Doa Qunut dan Terjemahan
1. Allahummahdini fiiman hadaiit
Artinya :
” Ya Allah tunjukkan aku sebagaimana mereka yang telah Engkau tunjukkan. “

2. wa ‘afinnii fiiman ‘afait..
Artinya :
” Berikan kesihatan kepadaku sebagaimana mereka yang telah Engkau berikan kesihatan. “

3. watawallanii fiiman tawallaiit..
Artinya :
” Dan peliharalah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau peliharakan. “

4. wabaariklii fiima a’thoaiit..
Artinya :
” Berilah keberkatan bagiku pada apa-apa yang telah Engkau kurniakan. “

5. wakinii (birrohmatika ) syarromaa qodhoiit..
Artinya :
” Dan selamatkan aku dari bahaya yang telah Engkau tentukan. “
 
6. fainna kataqdhii walayuqdhoo ‘alaik..
Artinya :
” Maka sesungguhnya, Engkaulah yang menghukum dan bukannya yang kena hukum. “

7. wainnahu layadilluman walaiit..
Artinya :
” Dan sesungguhnya tidak hina orang yang Engkau pimpin. “

8. wala yaidzuman ‘adaiit..
Artinya :
” Dan tidak mulia orang yang Engkau musuhi. “

9. Tabaarokta robbana wata ‘alaiik..
Artinya :
” Maha Suci Engkau wahai Tuhan kami dan Maha Tinggi “

10. falakalhamdu ‘alama qodhoiit..
Artinya :
” Maka bagi Engkaulah segala pujian di atas apa yang Engkau hukumkan. “

11. wa astaghfiruka wa atuubu ilaiik..
Artinya :
” Aku memohon ampun dari-Mu dan aku bertaubat kepada-Mu. “

Shalawat Nabi Muhammad SAW
Bacaan Doa Qunut dan TerjemahanBacaan Doa Qunut dan Terjemahan

12. washallallahu ‘ala Sayyidinaa Muhammadin nabiyyil ummiyyi wa ‘alaa aalihi washohbihi wasallam..
Artinya :
” Dan semoga Allah mencurahkan rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan keluarganya. “